Sabtu, 15 April 2017

INDAHNYA NIKMAT BERDHUHA



عنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ أَوْصَانِي خَلِيلِي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِثَلَاثٍ بِصِيَامِ ثَلَاثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ وَرَكْعَتَيْ الضُّحَى وَأَنْ أُوتِرَ قَبْلَ أَنْ أَرْقُدَ
Daripada Abu Hurairah, Sabda Nabi saw, “Telah berpesan kepadaku temanku (Rasulullah saw) tiga macam pesanan: Puasa 3 hari setiap bulan, sembahyang dhuha 2 rakaat dan sembahyang witir sebelum tidur”


(Riwayat Bukhari, Muslim dan Thabarani).

Rasulullah s.a.w. telah berpesan kepada umat baginda untuk meningkatkan amalan terutama amalan sunat bagi menambahkan lagi nilaian kepada analan wajib. Amalan sunat seperti solat dhuha, adalah salah satu amalan yang perlu dikerjakan. sehingga solat dhuha ini menjadi penting bagi para sahabat ketika zaman Rasulullah. kepentingan solat dhuha ini sehinggakan Rasulullah sendiri khuatir sekiranga umatnya melihat bahawa ibadah Dhuha ini adalah satu kewajipan. 

Dari Aisyah, ia berkata: “Saya tidak pernah sama sekali melihat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menunaikan shalat Dhuha, sedangkan saya sendiri mengerjakannya. Sesungguhnya Rasulullah SAW pasti akan meninggalkan sebuah perbuatan meskipun beliau menyukai untuk mengerjakannya. Beliau berbuat seperti itu karena khawatir jikalau orang-orang ikut mengerjakan amalan itu sehingga mereka menganggapnya sebagai ibadah yang hukumnya wajib (fardhu).”




Ada apa pada solat Dhuha? apa kelebihan-kelebihan yang ada padanya?



MAKNA SOLAT DHUHA

Dhuha bersal daripada perkataan ضحى yang bermaksud pagi. Solat dhuha ialah solat sunat yang dilakukan pada waktu pagi hari yang agak sudah meninggi sampai sebelum datangnya waktu solat zohor atau ia dikenali sebagai waktu dhuha. solat dhuha juga biasanya dilakukan secara sendirian tanpa berjemaah. jumlah rakaat solat ini dilakukan dengan dua raka'at satu salam. Manfaat atau faedah solat dhuha yang dapat diperoleh dan dirasakan oleh orang yang mengerjakannya/ melaksanakan shalat dhuha adalah dapat melapangkan dada dalam segala hal, terutama dalam hal rezki.






MENGAPA PERLU SOLAT DHUHA

sebagai hamba Allah yang sentiasa inginkan perhatian Tuhannya, kita akan berusaha sedaya upaya untuk meningkatkan amal ibadah dengan harapan agar dapat mendekatkan diri kepada Allah 'aza wajalla. Nah, antara jalan untuk kita mendekatkan diri kepada Allah ialah solat dhuha. 

Solat Dhuha juga adalah usaha kita tidak melupakan Allah s.w.t. dan menaruh ketaatan kepada Allah s.w.t. Hadith Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh At-Tabarani:


“Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat ditulis dia daripada orang-orang yang tidak lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikannya sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai di dalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hamba-Nya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingati-Nya,”



Maka, apakah kita tidak mahu merebut segala kelebihan yang terbentang kepada kita ini? 






Tiada ulasan: