Sabtu, 29 Julai 2017

INSPIRASI

INSPIRASI 💗💗💗

Semua orang ada kisah inspirasi masing-masing. sama ada mereka ini suka menginspirasikan orang atau orang di sekeliling yang terinspirasi dengan mereka.

Inspirasi. apakah maksud daripada inspirasi? Inspirasi jika kita lihat dalam kamus dewan bermakna sesuatu yang menggerakkan hati untuk mencipta sesuatu atau boleh juga disebut sebagai ilham.

Menggerakkan sesuatu agar dapat melangkah dengan lebih jauh, melebarkan ilham yang diperoleh agar mampu terbang lebih tinggi mencipta kejayaan.

Cuba kita lihat sekeliling kita. Ada anak kecil yang kekurangan, cacat kedua-dua belah tangan dan kaki semenjak lahir kerana masalah tulang akibat penyakit 'skeletal dysplasia', tetapi mampu menjadi pelajar cemerlang dalam UPSR. itulah dia Aisyah Nur Humaira Arsyad yang namanya pernah terpampang di dada akhbar kerana kecemerlangannya. Ada juga seorang lelaki yang mungkin orang sekelilingnya mengganggap bahawa beliau tidak mampu mencipta kemenangan, tetapi hari ini beliaulah merupakan wira negara apabila berjaya memenangi pingat emas dalam sukan Paralimpik malah telah pun memecah rekod dunia dan rekod paralimpik. Beliau ialah Mohamad Ridzuan Mohamad Pauzi. 

Betapa bangganya keluarga di sekeliling mereka, terharu, gembira, dan segalanya indah apabila melihat kejayaan yang telah ditempa. Betapa bahagianya hati seorang ayah dan ibu, walaupun segala kekurangan yang ada tetapi mereka tidak mengalah dan semestinya inspirasilah yang menyebabkan mereka mengubah kehidupan malap jadi terang, gelisah jadi tenang dan apa yang penting, mereka telah menjadi inspirasi kepada beribu-ribu orang. 

Begitu juga dengan kita. kita seharusnya membina inspirasi dalam hidup. jadilah orang yang terinspirasi dengan kejayaan orang lain dan berusaha ke arah kejayaan itu, dan jadilah orang yang memberi inspirasi kepada orang lain. kerana inspirasilah, hari ini sebuah negara telah terbangun dengan maju dan gemilang. apabila negara tersebut mempunyai rakyat yang sangat menginspirasikan dan belajar dari inspirasi orang lain, maka suasana negara itu semestinya akan menjadi suasana yang baik dan berdaya saing dengan baik. itulah kuasa inspirasi. 

ciptalah inspirasi dan belajarlah daripada inspirasi!


Tiada ulasan: