Sabtu, 29 Julai 2017

MENGENALI TUHAN

Sungguh aku mengenali Tuhan melalui pelbagai jalan
Membenarkan bahawa Tuhan itu ada
Dan selalu bersama kita,
Bahkan Tuhan itu tidak pernah
dan tidak akan meninggalkan kita.

Ada ketika aku mengenaliNya
Ketika aku gembira.
Bergurau senda  bersama keluarga
Bergelak ketawa bersama rakan
Teruja dengan kejayaan
Mewah bersama harta kekayaan
Maka Dia kenalkan aku bahawa kegembiraan itu
Adalah rahmat dariNya
Kasih sayangNya.

Ada ketika aku mengenaliNya
Ketika aku berduka
Penuh keserabutan mencari solusi derita
Menangis hiba, gundah gulana,
Maka Dia kenalkan aku bahawa kedukaan itu
Adalah tanda Dia ingin selalu bersamaku
Mendengar rintih piluku
Mengisi kekosongan jiwaku.

Wahai Tuhan,
Sungguh aku mengenaliMu melalui pelbagai jalan,
Bersama seluruh keindahan
Membawa ketenangan
Dalam setiap ruang hati yang dalam

Moga aku selalu mengenaliMu Tuhan,
dalam dudukku, berdiriku,
dan sehingga dapat kita berjumpa
di akhirat sana.


Tiada ulasan: